Masked Singer 2

TMSM2: “Tak Jangka Pun Orang Cam Tapi Zizan…”- Keifli Othman

Mya Amri
08/02/2022
11:33 MYT
Sponsor Banner
TMSM2: “Tak Jangka Pun Orang Cam Tapi Zizan…”- Keifli Othman
Pelumba negara, Keifli Othman tidak menjangkakan namanya diteka juri untuk kostum Nanas dalam The Masked Singer Malaysia 2.
Bagaimanapun, salah seorang juri tetap iaitu pelawak dan pelakon Zizan Razak berjaya meneka dengan betul.
“Memang saya tak jangka mereka cam sebab mereka tidak kenal saya sebegini ini iaitu yang berani masuk pertandingan seperti ini.
“Tapi Zizan Razak seorang sahaja yang dapat kenal saya. Saya dengan dia memang rapat jadi saya nak cakap terkejut pun tak, terkejut pun ya, susah nak gambarkan rasa itu,” katanya ketawa.
Mengulas mengenai The Masked Singer Malaysia 2, Keifli menyatakan rasa gembira kerana diberi peluang untuk mencuba perkara baharu dalam hidupnya.
“Memang langsung tak terlintas difikiran yang saya akan berada di atas pentas, menyanyi depan penonton dan juga juri-juri yang hebat. Macam saya ni dalam mimpi.
“Saya masuk hanya untuk suka-suka, tak adalah terlintas pun nak menang. Saya pun sebenarnya dah boleh agak terkeluar awal, tak apalah janji bukan minggu pertama.
“Rasa seronok sangat bila masuk sebab ini adalah benda baru untuk saya, memang jujur cakap saya enjoy sangat,” katanya kepada Gempak.
BACA: TMSM2: Nanas Tersingkir, Tak Sangka Pelumba Negara, Keifli Othman Boleh Menyanyi!
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Rlla Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar