Muzikal Lawak Superstar 2
Isteri Dedah Lagu Nyanyian Atu Di MLS2 Ada Maksud - “Bukan Main Hentam Ya, Ni Bahasa Tagalog"
Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari mendedahkan lagu nyanyian suaminya di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) sebenarnya mempunyai makna tertentu.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Shafeeqa memberitahu lagu dinyanyikan Atu itu sebenarnya adalah dalam Bahasa Tagalog.
“Ramai tanya saya, Atu ni main sebut je ke? Ni bahasa Tagalog... Saya tak pasti sangat belah mana tapi asal Philippines lah.
“Saya selalu dengar dia bercakap dengan mak dia guna bahasa Bajau... Saya tak faham sangat cuma lirik ni kalau yang faham mereka faham lah.
“Dia kata campur-campur tu dah. Ada campur sikit Bajau, memang lancar dia bercakap. Saya rasa 80% dalam ni dia guna kan bahasa ni,” kongsinya.
Shafeeqa juga memberitahu setiap persembahan yang dibawakan oleh kumpulan U.N.I mempunyai mesej dan maksud tersendiri.
“Bukan main hentam saja ya, dia tukar liriknya tu. Siapa-siapa faham boleh komen translate kan ya. Beginilah gigihnya mereka, bukan buat ala kadar sahaja.
“Satu perkara yang saya salute mereka, Atu sangat mempertahankan cara dailek Sabah nya apabila dia bercakap.
“Tak pernah saya dengar dia cakap semenanjung sejak kahwin dengan dia ni walaupun saya reply semenanjung,” coretnya.
Pentas final MLS2 menyaksikan kumpulan Heart diumumkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.
Tempat kedua menjadi milik kumpulan U.N.I yang membawa pulang wang tunai RM75,000 sementara kumpulan Viral membawa pulang wang tunai RM50,000 sebagai pemenang tempat ketiga.
Tempat ketiga menjadi milik kumpulan Viral yang memenangi hadiah wang tunai RM50,000
Janggo pula akur di tempat keempat dengan menerima wang tunai RM25,000.
Keempat empat finalis juga turut membawa pulang trofi.
Sementara itu, sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM10,000 didermakan kepada badan kebajikan yang dipilih iaitu Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al Fattah Semenyih.
Kesemua bintang diadili 50% daripada juri tetap, Datuk Awie, Zul Ariffin dan Nur Fazura manakala 50% lagi adalah undian.