Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: Perjuangan Terhenti Minggu Keenam, Bravo Bangga Dapat Bersatu Di Pentas Komedi - “Sebak Sebab Tak Boleh Luangkan Masa & Bergaduh…”

Asyikin Mayudin
30/10/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
MLS4: Perjuangan Terhenti Minggu Keenam, Bravo Bangga Dapat Bersatu Di Pentas Komedi - “Sebak Sebab Tak Boleh Luangkan Masa & Bergaduh…”
Pelakon dan pelawak Azizul Ammar mengakui dia berasa sebak selepas kumpulannya iaitu Bravo tersingkir di minggu keenam Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada Ahad lalu.
Ammar berkata, perasaan sedih itu disebabkan dia tidak dapat lagi bersama meluangkan masa dan ‘bergaduh’ dengan ahli kumpulannya iaitu Azhar dan Nasz Sally.
“Saya sebak sebab saya tak boleh nak luangkan masa dengan mereka, tak boleh nak bergaduh ‘eh ni tak kelakar’. Selepas saya sertai MLS1 dan tak join musim seterusnya itu kemudian untuk comeback sebenarnya sangat sukar untuk saya.
“Kita tak tahu apa yang terjadi di masa hadapan kan tapi apa yang saya boleh katakan dari hati saya, saya sangat bangga dengan mereka. Sebab mula dari pada nak ‘melamar’ bukan satu proses yang mudah.
“Kami di sini mungkin untuk satu proses permulaan pintu baru rezeki kami,” kata Ammar kepada Gempak.
Dalam pada itu, Nasz yang menahan sebak memberitahu bukan mudah untuk seseorang itu membuatkan orang lain ketawa namun dia tetap berbangga dapat bersama Bravo.
“Banyak yang kami dapat belajar terutama daripada senior dalam bidang komedi, daripada juri juga dan produksi. Belajar dari proses latihan kami, orang sekeliling beri pendapat dan tunjuk ajar.
“Proses kami tiada hari yang berhenti, habis saja show, esoknya kerja dan pengalaman dan pengajaran saya dalam team Bravo, banyak membuka mata dan hati saya, bukan senang nak buat orang ketawa.
“Bukan senang nak sampaikan dengan sepenuhnya dari hati dan bukan senang untuk berada dalam industri ini untuk kekal. Saya bersyukur diberi peluang bersama Ammar dan Azhar untuk bersatu dalam team Bravo,” ujarnya.
Pada Ahad lalu, kumpulan Bravo yang mendapat markah paling rendah tersingkir manakala kumpulan Zuara yang dianggotai oleh Zulin Aziz, Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan pula berjaya dapat gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’.
Untuk minggu keenam, juri terdiri daripada Saiful Apek, Anna Jobling dan penyanyi Datuk Awie yang hadir sebagai juri jemputan manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar