Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Network administration

"When You Choose To Leave, Again, You Didn't Choose Us" - Surat Terbuka Syada Amzah Untuk ND Lala

Amri Hassan 09/04/2023 | 06:55 MYT

Penyanyi dan anak kepada Datuk ND Lala, Syada Amzah tampil mengutuskan surat terbuka buat bapanya.

Tulis Syada dalam kiriman berbahasa Inggeris sempena hari jadi ke-62 ND Lala hari ini, mereka sekeluarga menerima tindakan bapanya untuk 'meninggalkan' mereka.
"Hari ini tiada foto bersama ayah. Sepucuk surat terbuka saya kirimkan kerana tiada sesiapa pun yang dapat akses untuk bercakap dengan ayah.
"Pertama, selamat hari jadi ke-62. Terima kasih atas pengorbanan untuk membesarkan kami berempat.
"Mewakili adik-beradik, kami sudah menerima ketentuan apabila ayah bertindak untuk pergi meninggalkan kami, sekali lagi, ayah tidak memilih kami. Sudah sangat jelas di sini.
"Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang ayah pilih. Selamat Hari Raya in advance," coret Syada.
Terdahulu, isteri kepada ND Lala, Fauziah Sarman tampil mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis 'penyondol' di Instagram miliknya
Pada hantaran sama yang dikemas kini semula hari ini, dia memuat naik foto wanita terbabit dengan keterangan gambar ditulis, 'Isteri Dato' ND Lala...Datin Siti Munirah Abd Ghani'.
Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai ND Lala bernikah lagi satu selama ini.
Manakala, awal minggu lalu, Fauziah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, difahamkan mahu memfailkan perceraian.
Sebelum ini, bapa kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.
Difahamkan Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

#Penyanyi #Viral #cerai #Shila Amzah #Surat Terbuka #Syada Amzah #Penyondol #ND Lala
;