News
10 Pelepasan Cukai Utama 2018 Anda Perlu Tahu! Jangan Terlepas Tuntut
Bagi yang membayar cukai pendapatan setiap tahun, maka bulan April adalah bulan untuk mereka menuntut pelepasan, potongan dan beberapa rebat yang disenaraikan.
Untuk makluman anda Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan daripada penggajian, komisen, kerja lebih masa, elaun, yuran pengarah, dividen, sewa, royalti, pendapatan perniagaan yang diterima oleh individu, syarikat, koperasi, persatuan dan sebagainya pada setiap tahun.
Setiap tahun, jumlah pelepasan ini berubah-ubah walaupun tidak begitu ketara. Oleh itu kami senaraikan 10 pelepasan utama untuk memudahkan anda menuntutnya tahun ini.
#1 TABUNG HARAPAN
Menurut laporan Mstar, rakyat Malaysia atau pengusaha syarikat yang menghulurkan derma kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) akan diberikan pengecualian cukai tanpa had oleh pihak kerajaan.
Menteri kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan potongan cukai itu akan diberikan secara dollar for dollar atau nilai yang setara dengan jumlah yang disumbangkan kepada tabung tersebut.
Contohnya RM13,000 akan dapat pengecualian sebanyak RM13,000.
#2 GAYA HIDUP!
Ini antara yang dinantikan kerana ia berkaitan dengan pembelanjaan gaya hidup.
Jika anda kerap membeli buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan penerbitan untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak, maka tuntut lah.
Selain itu pembelian pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak.
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami, isteri atau anak. So pada yang bayar untuk ke gimnasium simpanlah resit anda.
Tidak dilupakan bayaran langganan internet. Kesemua tuntutan gaya hidup maksimumnya adalah RM2,500.
#3 TABUNG SSPN
Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2018).
Jumlah maksimum yang anda akan dapat adalah RM6,000.
Bagi anda yang banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk ibu bapa, maka pelepasan ini khusus untuk anda.
#4 PENJAGAAN IBU BAPA
Pelepasan ini merangkumi rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa. Bagaimanapun Keadaan kesihatan ibu bapa perlulah disahkan oleh pengamal perubatan.
Jumlah maksimum sehingga RM5,000.
Peralatan Sokongan Asas hanya untuk individu kurang upaya (OKU), suami atau isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya.
#5 PELEPASAN BUAT GOLONGAN OKU
Jumlah maksimum sehingga RM6,000.
#6 YURAN PENDIDIKAN SENDIRI
Bagi peringkat selain Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi.
Bagi peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD), sebarang bidang atau kursus pengajian.
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (sama ada individu atau suami/isteri atau anak-anak)
Jumlah sehingga RM6,000
#8 PEMERIKSAAN PERUBATAN PENUH
Jika anda pernah mengeluarkan duit bagi tujuan pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) maka anda layak untuk menerima pelepasan ini.
Jika anda menghantar anak yang bawah 6 tahun ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau pra-sekolah, maka anda boleh menuntut sehingga RM1,000.
#10 INSURANS!
Jika anda mengambil insurans sama ada pendidikan atau perubatan termasuk tidak melalui potongan gaji RM3,000.
Sebenarnya banyak lagi senarai yang dikeluarkan oleh pihak LHDN. Anda boleh lihat semuanya di sini.
Difahamkan, orang ramai boleh mula mengisi pelepasan ini bermula 1 April 2019 sehingga 30 Jun 2019,