,
News

16 Belon Udara Panas Singgah Pulau Pinang

Eiylla Syaharith
06/02/2017
03:09 MYT
Fiesta Belon Udara Panas 2017 yang diadakan buat tahun ketiga mendapat sambutan yang cukup mengalakkan apabila lebih 50,000 pengunjung hadir untuk tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan acara belon udara panas itu.
Sebanyak 16 belon udara panas mengambil bahagian antaranya Rooster, Simba, Yellow Jacket, Chick, Happy Chan, Tako 2nd, Dexter, Lubao, Multicolored dan Rising Star membabitkan seramai 10 orang peserta daripada pelbagai negara termasuk Malaysia, Belanda, Belgium, Brazil, Jepun, Filipina dan Thailand. Festival yang dianjurkan AKA Balloon Sdn Bhd dengan sokongan kerajaan negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Penang Global Tourism (PGT) dan TLM Event serta ditaja IJM Land Berhad.
Fiesta Belon Udara Panas 2017 diadakan buat tahun ketiga di Padang Polo, Pulau Pinang. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Ketua Pegawai Eksekutif, AKA Balloon Sdn Bhd, Nur Izzati Khairudin berkata, pelbagai kelainan ditampilkan pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya dengan menyasarkan kehadiran kira-kira 90,000 pengunjung untuk festival yang diadakan di Padang Polo, Pulau Pinang selama dua hari sejak kelmarin.
"Lapan belon udara panas turut digunakan sebagai ujian penerbangan di Padang Awam Jawi, Nibong Tebal dan tiga belon udara panas disediakan untuk pengunjung yang ingin menaiki belon," katanya.
Seramai 10 orang peserta daripada pelbagai negara termasuk dari Malaysia, Belanda, Belgium, Brazil, Jepun, Filipina dan Thailand. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Fiesta yang bermula seawal jam 6 pagi hingga 9 malam itu dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertunjukkan belon udara panas yang membuka peluang kepada 150 pengunjung bertuah yang ingin menaiki belon udara panas itu dengan bayaran RM50 seorang.
Aktiviti lain juga disediakan untuk riadah seisi keluarga termasuk terjun bungee dan gerai makanan dan minuman selain fiesta itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Abdul Rahman Abbas dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Nur Izzati menambah pada malam perasmian turut diadakan pertunjukkan Glow In The Nights khas untuk tarikan pengunjung.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia Setinggi 10 Meter Hujani Kenderaan

gempak
27/09/2024
04:25 MYT
Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter.
Berita

Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

gempak
26/09/2024
05:22 MYT
Tindakan seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun.
Berita

Lebih Tua Daripada Bapa Mentua, Lelaki Kahwini Wanita Beza Umur 30 Tahun Tarik Perhatian Netizen

gempak
26/09/2024
02:25 MYT
Seorang lelaki berusia 59 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 26 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Tribunnews.
Berita

Gara-Gara Kencing Dalam Plastik, Peniaga Buah Ditahan Polis

gempak
26/09/2024
01:25 MYT
Seorang penjual buah di Dombivli, Maharashtra ditahan selepas membuang air kecil di dalam plastik dan berniaga tanpa menghiraukan kebersihan yang sewajarnya, lapor stesen penyiaran NDTV.
Berita

Lubang Sedalam Satu Meter Dikesan Di Kompleks Bunga Raya KLIA

gempak
25/09/2024
07:24 MYT
Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pagi Rabu.
Unitar