Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
NEWS

2 Suspek Pembunuhan Jong-Nam Tiba Di Mahkamah Sepang

Azwa Rahman 01/03/2017 | 03:14 MYT

Dua wanita dipercayai terbabit kes pembunuhan Kim Jong-Nam tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Sepang, 9.33 pagi dan 9.40 pagi tadi.

Suspek adalah warga Vietnam dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29, serta warga Indonesia dikenali sebagai Siti Aisyah, 25.

Suspek dibawa menaiki kenderaan khas secara berasingan dan diiring kenderaan polis serta Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

Siti Aisyah diwakili oleh lima orang peguam yang dilantik oleh Kedutaan Besar Indonesia, diketuai oleh peguam Gooi Soon Seng manakala, Doan Thi Huong diwakili peguam Selvam Shanmugam.

Pada 16 Februari lalu, mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam iaitu abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Reman terhadap mereka kemudian disambung tujuh hari lagi.

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu dengan cecair beracun yang dikenal pasti Polis Diraja Malaysia sebagai ‘VX Nerve Agent.’

Sumber: Harian Metro

#Jenayah #Jenayah