Trend berkahwin awal terutama di kalangan masyarakat Melayu bukanlah sesuatu yang pelik. Malah menurut satu artikel di MyNewsHub, sebanyak 827 permohonan perkahwinan di bawah umur 16 tahun bagi masyarakat Islam telah direkodkan tahun lalu. Hakikatnya, undang-undang negara hanya meluluskan permohonan perkahwinan kepada mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas berdasarkan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976. Jika anda melihat perkahwinan pada usia muda sesuatu yang unik, lihat pula empat majlis perkahwinan iniā€¦ Siapa berani mencubanya?

Gambar: Huffingtonpost.com

Tanpa Seurat Benang

Perkahwinan antara Gypsy Taub dan pasangannya Jaymz Smith di City Hall San Francisco berakhir dengan kedua mereka ditahan pihak berkuasa. Pengantin perempuan, ibu kepada tiga orang anak tiba ke lokasi dengan gaun perkahwinan, nekad menanggalkannya ketika upacara mengangkat janji perkahwinan.

Gambar: rentapriest.nl

Perkahwinan Ekstrem

Jeroen dan Sandra Kippers dari Brussels, Belgium, menaiki kren menuju ke platform berketinggian 160 kaki untuk akur janji perkahwianan yang turut disertai 20 tetamu lain. Setelah selesai, kedua mereka melakukan terjunan bungee sebagai tanda mereka telah sah bergelar suami isteri.

Gambar: gabworthy.com

Jerung Menjadi Saksi

Pasangan April Pignataro dan Michael Curry dari New York yang berkahwin pada bulan Jun 2010 telah memilih tangki jerung seluas 120,000 gelen yang dilengkapi dengan pagar keselamatan. Upacara akur janji perkahwinan itu disaksikan pelbagai spesies jerung dan tentunya meninggalkan memori berharga buat mereka.

Gambar: gabworthy.com

Rekod Dunia

Pasangan pengantin perempuan dari China ini telah mengenakan gaun sepanjang 200 meter ketika majlis perkahwinannya yang diadakan di Guangzhou, China. Pasangan ini berjaya memecahkan rekod dunia untuk gaun perkahwinan terpanjang dalam sejarah.