News

5 Maut Dan 5 Hilang Dalam Taufan Chaba, Kini Menyerang Jepun

Azwa Rahman
06/10/2016
07:15 MYT
Maklumat terkini mengenai Taufan Chaba, sekurang-kurangnya lima maut manakala lima yang lain hilang selepas Taufan ini melanda bawah semenanjung Korea semalam dan dijangka melanda pulau utama Jepun, Honshu petang hari ini sebelum bergerak menuju ke Pasifik. Angka kematian juga dijangka akan meningkat.
Pulau Jeju, barat daya Busan dan Ulsan antara bandar yang paling teruk terjejas selepas angin kuat dengan kekuatan 47meter per saat dan hujan lebat lebih 600 milimeter membadai negara itu pada Selasa dan tengah hari Rabu.
Menurut Kementerian Keselamatan dan Keselamatan Awam, sebuah kren runtuh berdekatan sebuah tapak pembinaan di Busan dan menyebabkan seorang lelaki beruia 59 tahun terbunuh.
Sementara itu, seorang wanita 90 tahun meninggal dunia selepas ditolak keluar angin kencang ketika berada di rumahnya di tingkat dua.
Dalam pada itu di Pulau Jeju, seorang krew kapal jatuh ke dalam laut dan hilang di pelabuhan Jeju sementerta di Ulsan, seorang penyelamat kecemasan dihanyutkan banjir.
Taufan Chaba menyebabkan 2,500 sekolah ditutup di Korea Selatan sementara puluhan ribu rumah di sepanjang pantai selatan negara itu bergelap
Di Jepun, 108 penerbangan domestik syarikat penerbangan All Nippon Airways (ANA) dan Japan Airlines telah dibatalkan.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Johan Pertandingan Menangis Beramai-Ramai Ini Bawa Pulang RM143.50

gempak
27/07/2024
00:55 MYT
Satu acara pertandingan menangis diadakan di Tegal, wilayah Jawa Tengah dengan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai 500,000 rupiah (RM143.50).
Viral

Dikritik Gara-Gara Bergambar Dengan Kereta Tank Israel, Bright Vachirawit Mohon Maaf

gempak
26/07/2024
23:55 MYT
Pelakon Thailand, Bright Vachirawit menerima kecaman yang hebat gara-gara bergambar di hadapan sebuah kereta tank didakwa milik Israel ketika berada di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.