,
News

"6 Tahun Lepas, Saya Tidak Cukup Wang Dan Hanya Mampu Buat Majlis Akad Nikah Sahaja" - Shuib Sepahtu

Azwa Rahman
08/02/2017
04:08 MYT
Sweet betul Shuib ni! Inilah namanya susah senang bersama. Walaupun usia perkahwinan mereka sudah memasuki tahun keenam, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah nampaknya bakal bersanding buat kali pertama pada 26 Februari ini.
Majlis persandingan mereka akan diadakan di Bora Ombak Marina dan seramai 600 orang dari kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan artis akan dijemput. Majlis persandingan ini diadakan berikutan waktu pasangan ini berkahwin enam tahun lepas, Shuib tidak mempunyai wang untuk majlis kenduri serta bersanding dan mereka hanya mampu melakukan majlis akad nikah sahaja.
Tambah istimewa, majlis ini turut diraikan bersempena ulang tahun perkahwinan keenam mereka selepas berkahwin pada 26 Februari 2011.
Menerusi Utusan Online, Shuib Sepahtu berkata, keputusan untuk bersanding itu dibuat sebagai tanda penghargaan buat isterinya tercinta yang selama ini setia bersamanya tatkala susah dan senang.
Selepas enam tahun melayari hidup berumah tangga, pasangan artis Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah Raisuddin akan bersanding buat kali pertama pada 26 Februari ini.
Majlis persandingan dan resepsi tersebut sekali gus dibuat bersempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke enam selepas disatukan pada 26 Februari 2011.Hati isteri mana tak girang jika diraikan sebegitu rupa. Bagi Siti Sarah, dia ibarat wanita paling bertuah apabila dikurniakan suami seperti Shuib.
"Bayangkan saya sudah menjadi isteri kepada Shuib selama enam tahun, dikurniakan anak tiga orang dan mendapat suami yang sangat baik daripada pelbagai sudut, jadi tidak ada ayat yang boleh dilafazkan untuk menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran ini," kata Sarah.
Related Topics
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Jangkaan Peminat Beri Tekanan Kepada Kumpulan Padie - “Mungkin Orang Akan Cakap, Ini Muka Final…”

gempak
15/11/2024
09:55 MYT
Pelawak Fad Bocey mengakui Muzikal Lawak Superstar 4 kali ini memberi satu persaingan yang kuat berbanding musim-musim terdahulu.
Hiburan

“Dia Kata Nak Jadi Artis Baik Tak Payah Belajar” - Pernah Diperlekeh, Hazeman Huzir Nasihat Jangan 'Give Up' Kejar Cita-Cita

gempak
15/11/2024
08:55 MYT
Personaliti media sosial, Hazeman Huzir menasihatkan supaya jangan putus asa dalam mengejar impian terutamanya dalam kerjaya.
Drama

Project;Exit Sudah Hampir Ke Penghujung, Kesudahan Hadi Dan Jannah Buat Penonton Resah!

gempak
15/11/2024
08:25 MYT
Plot penuh emosi membuatkan ramai penonton tidak sabar untuk menantikan pengakhiran Project; Exit.
Hiburan

Azlan Komeng Sedang Sesuaikan Diri Masuk 'Alam Baharu’ - “Kalau Dulu Saya Boleh Berjalan, Berlari Tapi Sekarang…”

gempak
15/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Azlan Komeng sedang menyesuaikan diri menjalani kehidupan yang baharu disebabkan dirinya hanya terbaring di atas katil berbanding sebelum ini dilihat agresif ke sana sini.
Hiburan

Ejen Insurans Kongsi Kisah Caruman Takaful Fattah Amin - “Ubah Penama Hibah Pada Ibu, Agih Pada Fatimah Jika...”

gempak
15/11/2024
07:25 MYT
Seorang perancang kewangan iaitu Syafique Zainuddin tampil berkongsi mengenai kisah caruman takaful pelakon Fattah Amin.
Unitar