Masa depan semakin dekat! Tak payah tunggu tahun 2020 untuk kereta terbang, kini kereta terbang pertama di dunia sudah sedia berada di pasaran.

via GIPHY

Kereta elektrik hibrid pertama dengan dua tempat duduk ini boleh dipandu seperti biasa dan bertukar ke mod terbang dalam masa satu minit sahaja!

Kereta dipanggil nama Transition ini mampu terbang sehingga 400 batu (640km) dengan pecutan terpantas 160km sejam menurut pengilangnya, Terrafugia yang dimiliki oleh syarikat induk Volvo.

Adakah ini rupanya yang sebenar?

Kereta ini mempunyai sayap boleh lipat, dengan berat kira-kira 590kg dan mempunyai gear pendaratan tetap. Ia boleh terbang pada ketinggian maksimum 10,000 kaki.

Model pertamanya akan dibuka untuk jualan bermula Oktober ini dan masih belum ditentukan harganya. Namun, ia terhad untuk kumpulan pengguna pertama di Amerika Syarikat sahaja.

Inilah rupa sebenarnya.

Kenderaan ini dilengkapi dengan kamera pandang belakang dan sistem payung terjun yang baharu, serta mod 'rangsangan' yang memberikan 'satu kuasa tambahan semasa terbang'.

Dipercayai mampu berlepas dan mendarat secara menegak, ia dijangka memasuki pasaran pada tahun 2023. Anda juga memerlukan lesen juruterbang untuk mengendalikan kenderaan ini.