News

Akibat Pengganas Guna Akaun Bank Juruteknik Dijatuhkan Hukuman

Elrafaei Sapi
10/04/2017
08:41 MYT
Sponsor Banner
Akibat Pengganas Guna Akaun Bank Juruteknik Dijatuhkan Hukuman
Padah akibat membenarkan orang lain menggunakan akaun bank sendiri sehingga menjadi mangsa atas kesalahan jenayah serius yang menyebabkan dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun. Pengalaman itu dilalui seorang juruteknik dari Pulau Pinang, Bukhori Che Noor selepas didapati bersalah membenarkan akaun banknya digunakan seorang militan Daesh.
Hakim Makhmah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Paduka Azman Abdullah berkata, tertuduh sepatutnya lebih faham daripada terbabit dengan aktiviti pengganas seperti Daesh. Kerajaan memerangi ancaman Daesh yang menjadi ancaman baru kepada negara selepas komunis dahulu.
Meskipun tertuduh menyatakan perasaan kesal atas tindakannya itu dan berjanji tidak mahu terbabit dalam aktiviti sedemikian sebaliknya, Pendakwaraya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor memberitahu mahkamah, pertimbangan harus merujuk pada kesalahan serius dan kepentingan awam apatah lagi ancaman kumpulan Daesh adalah ancaman global, katanya seperti dilaporkan NST.
Kes ini sepatutnya dijadikan iktibar pada semua anggota masyarakat agar lebih berhati-hati dan tidak mudah memberi pinjam akaun bank kepada individu lain yang dibimbangi kegunaan pengganas Daesh.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dalam laporan BH Online ada menyatakan seramai 979 pesalah di tahan pihak berkuasa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas)(SOSMA) 2012 dari akhir Julai 2012 sehingga akhir Februari lalu. Daripada jumlah itu, 43 warga asing juga diambil tindakan di bawah akta sama kerana disyaki terbabit dengan aktiviti kumpulan pengganas.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024