Skip to main content

Business News

Allahyarham Hussein Ali Meninggal Dunia

hussein-ali-01.jpg

Bapa penyanyi Ruhil Amani, Hussein Ali, 66, meninggal dunia di Hospital Putrajaya kira-kira jam 10.48 malam tadi berikutan jangkitan kuman.

Berita itu dikongsi anak keduanya, Ruhil Shafinaz yang turut menerima maklum balas rakan terdekat serta penggiat industri hiburan.

Allahyarham semasa hayatnya adalah 'orang kuat' syarikat rakaman Gong Klasik Sdn Bhd di bawah Ambang Klasik selain pernah bertugas di label Life Records sebagai Pengarah Projek Khas.

Pengalaman di arena hiburan juga melayakkannya dipilih menjadi panel juri World Championship of Performing Arts of Hollywood serta ketua juri program Sinaran Passport Kegemilangan TV3.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Sungai Sekamat, Kajang sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat kira-kira jam10.30 pagi tadi.

Jasa arwah terhadap golongan anak seni juga banyak apabila turut membantu ramai artis jalanan suatu masa dulu seperti Nasir Jani termasuk menumpangkan mereka tinggal di rumahnya.

Allahyarham Hussein meninggalkan balu, Hassah Hassan, dan tiga orang anak termasuk personaliti TV3, Ruhil Shafinaz dan Shaiful Asnawi berserta tujuh cucu.
Anak keduanya, Ruhil popular dengan lagu kawan sekitar era 1980-an manakala suaminya, Jamie Wilson adalah seorang pemuzik.

Seorang lagi menantu arwah yang juga suami Ruhil Shafinaz pernah aktif dalam bidang teater, menjadi penerbit program TV serta membintangi filem Paloh.

Suruh team Rojak Daily Kaw! merakamkan takziah buat Ruhil sekeluarga di atas kehilangan ayah mereka.

Must Watch Video