Skip to main content

Business News

Anak Angkat Azharina Meninggal Dunia

anak-azharina-01.jpg

Penyanyi Azharina Azhar akur dengan suratan takdir bahawa anak angkat kedua, Rizqie Azharin Azhar disahkan meninggal dunia kira kira jam 1030 pagi tadi di Hospital Putrajaya.

Rizqie yang dimasukkan ke wad unit rawatan rapi neonatal (NICU) hospital berkenaan sejak Ahad lalu kerana demam panas berpanjangan.

Salam takziah Rojak Daily Kaw! ucapkan kepada Azharina dan semoga kuat menghadapi dugaan ini.

"Doktor sahkan anak saya ini berdepan banyak komplikasi termasuk buah pinggang rosak, pendarahan otak dan paru paru dipenuhi susu.

Sebelum ini, Rojak Daily Kaw! melaporkan kegembiraan Azharina menerima kehadiran Rizqie dalam kehidupannya. Baca cerita: Dia Insan Baharu Yang Hadir Dalam Hidup Saya.

"Saya reda dengan takdir ini. Jujur selama dia dirawat di hospital, saya sendiri sebagai ibu tak mampu melihat dirinya bergelut. Dia masih kecil untuk melalui semua ini," katanya yang Ahad lalu turut sempat membuat persembahan di Hard rock cafe demi peminat sekalipun gundah mengenangkan keadaan anaknya itu.

Jenazah Rizqie yang berusia 23 hari akan disembahyangkan di Masjid Batu 14 Puchong dan dikebumikan kawasan sama masjid itu selepas waktu Asar.

Must-Watch Video