Skip to main content

Business News

Ancaman Bom Selepas Solat Jumaat

bursa.jpg
Penghuni dan kakitangan bangunan Bursa Malaysia di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur gempar apabila satu ancaman bom diterima jam 12.01 tengahari tadi. 

Susulan ancaman itu, semua penghuni dan kakitangan bangunan itu termasuk kakitangan Astro Awani diminta meninggalkan premis itu. Laporan Harian Metro menyatakan seorang individu membuat panggilan telefon dan menggugut akan meletupkan bangunan itu selepas solat Jumaat.


Eksekutif Editor, Astro Awani, Zaiful Mohd Ariffin turut merakam suasana di luar bangunan itu. Dalam rakaman itu menunjukkan Unit K9 Polis Diraja Malaysia juga berada di lokasi untuk menjalankan siasatan. Laporan Bernama pula menyatakan premis itu dibuka kembali jam 2 petang.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video