NEWS

Anda Boleh Melancong Ke Bulan Bermula Tahun Depan!

Azwa Rahman 28/02/2017 | 04:24 MYT

Dua pelancong akan dapat melawat bulan pada hujung tahun depan atas jasa syarikat swasta aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), SpaceX dalam satu pengumumannya.

Dengan tidak mendedahkan berapakan jumlah kos keseluruhan 'trip' ke bulan ini, sudah ada dua pelancong yang telah membayar sejumlah deposit untuk melancong ke bulan. Pengembaraan ini akan membawa pelancong mengelilingi bulan sebelum bergerak lebih jauh namun tidak melibatkan pendaratan di situ.

Misi turut melibatkan kerjasama Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) yang mahu memastikan perkara tersebut menjadi realiti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk berkata, "Misi ini mewakili peluang kepada manusia untuk kembali ke ruang angkasa yang lebih jauh buat kali pertama dalam tempoh 45 tahun.

Kedua-dua pelancong yang dirahsiakan identitinya itu, akan menaiki kapal angkasa yang akan menjalani ujian penerbangan tanpa pemandu pada hujung tahun ini. Pelancong tersebut juga akan mengembara dengan pantas dan lebih jauh ke sistem solar berbanding mana-mana angkasawan sebelum ini.

"Seperti angkasawan Apollo, kedua-dua pelancong itu akan membawa harapan dan impian seluruh umat manusia dengan semangat untuk meneroka angkasa.

"Kami jangkakan ujian kecergasan dan kesihatan serta latihan diadakan pada hujung tahun ini," tambah Musk.

Sumber: Mstar

#Travel #travel