Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
NEWS

Anda Dilarang Menerbangkan Dron Di EMPAT Kawasan Ini

Azwa Rahman 05/11/2018 | 07:36 MYT
Kegilaan terhadap dron kini semakin menjadi-jadi. Tak dinafikan video mahupun gambar yang diambil menggunakan dron memang cantik dan menawan.

Namun tahukah anda, selain dilarang menerbangkan dron di sesetengah negara luar, anda juga tidak boleh sesuka hati menerbangkan dron di negara sendiri.

via GIPHY

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu entri di Facebook telah mengeluarkan larangan menggunakan dron di empat kawasan ini:

Sekiranya anda ingin menerbangkan dron di kawasan ini, permohonan rasmi perlulah dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlebih dahulu dan perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).

Kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.
Jika anda didapati menerbangkan dron tanpa kebenaran, anda boleh ditahan atas kesalahan Peraturan 143 (Peraturan Penerbangan Awam 2016) dan juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 206 (3) Peraturan Penerbangan Awam.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan dron di sini.

#Malaysia #Malaysia