,
News

Anjang Aki Masuk Hospital Akibat 'Vertigo'

Elrafaei Sapi
26/01/2017
09:18 MYT
Pelakon veteran popular zaman 80-an, Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, sejak kelmarin.
Isteri pelakon berusia 81 tahun itu, Datin Nazariah Abu Bakar menyatakan suaminya masih menerima rawatan di hospital tersebut kerana keadaannya belum stabil apabila sering kali berasa pening ketika bangun tidur atau dikenali sebagai ‘vertigo’ akibat hilang kesimbangan badan dan mengalami masalah lemah badan.
Menurut maklumat di Finas Malaysia di Facebook, doktor belum dapat pastikan lagi jenis penyakit yang dihidapi pelakon itu dan beliau masih menjalani proses rawatan susulan. Bagaimanapun, beliau kelihatan masih boleh bergurau senda dengan anggota keluarga.
Pengerusi FINAS, Datuk Khusairi Abdul Talib menyampaikan sumbangan kepada Anjang Aki ketika menziarah pelakon itu bersama SENIMAN di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, hari ini. (Gambar: FINAS Malaysia - Facebook)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) diwakili Pengerusinya, Datuk Khusairi Abdul Talib bersama Ketua Pengarahnya, Datuk Fauzi Ayob dan Timbalannya, Azmir Saifuddin Mutalib bekerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) turut hadir menziarah pelakon itu, hari ini.
Anjang Aki yang juga mantan Presiden SENIMAN Ke-2 selama 3 penggal dari tahun 1978 sehingga 1984 pernah membintangi pelbagai drama antaranya Tanah Pusaka (1967), Perajurit Pulang (1968) dan Bangsawan (1970).
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia Setinggi 10 Meter Hujani Kenderaan

gempak
27/09/2024
04:25 MYT
Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter.
Berita

Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

gempak
26/09/2024
05:22 MYT
Tindakan seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun.
Berita

Lebih Tua Daripada Bapa Mentua, Lelaki Kahwini Wanita Beza Umur 30 Tahun Tarik Perhatian Netizen

gempak
26/09/2024
02:25 MYT
Seorang lelaki berusia 59 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 26 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Tribunnews.
Berita

Gara-Gara Kencing Dalam Plastik, Peniaga Buah Ditahan Polis

gempak
26/09/2024
01:25 MYT
Seorang penjual buah di Dombivli, Maharashtra ditahan selepas membuang air kecil di dalam plastik dan berniaga tanpa menghiraukan kebersihan yang sewajarnya, lapor stesen penyiaran NDTV.
Berita

Lubang Sedalam Satu Meter Dikesan Di Kompleks Bunga Raya KLIA

gempak
25/09/2024
07:24 MYT
Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pagi Rabu.
BorakSeeni