Skip to main content

Business News

Ary Malik Kritikal, Kanser Ovari Tahap Empat

ary-malik-01.jpg

Berita keadaan pelakon dan pengacara, Ary Malik yang kini kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat mengejutkan ramai.

Ary atau nama sebenarnya, Nurita Maliha Aryanee, 45, yang ditempatkan di wad hospitsl itu pada 18 Februari dikatakan semakin lemah dan mula tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu.

Suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, berkata, isterinya itu disahkan menghidap kanser hampir setahun lalu selain pernah menjalani pembedahan pada Mei 2016 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

"Ary tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu. Doktor maklumkan keadaannya kritikal dan mengesyaki sel kanser sudah merebak ke bahagian kepala.

"Ketika awal dulu kami menyangka sakit perut yang dialaminya biasa saja. Hanya selepas menjalani pembedahn baru doktor mengesan penyakitnya.

"Selepas pembedahan berkenaan, Ary menjalani pula rawatwn kimoterapi kira-kira sebulan kemudian," katanya menerusi kenyataan kepada media.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Kerjaya seni Ary dalam dunia lakonan dan pengacacaraan bermula sejak tahun 90-an malah pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada 2012.

Ramai peminat mendoakan semoga beliau kembali sihat selain berharap keluarganya juga terus diberi kekuatan untuk berdepan dugaan ini.

Must-Watch Video