Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
NEWS

Auntie Anne’s Tukar Nama Demi Status Halal

Nurul Izza 29/11/2016 | 04:56 MYT
Isu pensijilan halal dikendalikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada premis makanan francais, Auntie Anne’s menjadi viral di media sosial gara-gara perkataan ‘dog’ pada nama makanan yang dijual mereka.
Sebelum ini, pihak JAKIM pernah menafikan dakwaan bahawa pemohonan sijil halal Auntie Anne's ditolak berikutan perkataan 'dog' pada menunya dan menyalahkan pihak media yang membangkitkan kemarahan orang ramai. Menjawab isu ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah memberikan garis panduan berkenaan isu pensijilan Halal.
Sebaliknya, Pengarah bahagian halal Jakim, Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, permohonan sijil halal Auntie Anne's ditolak kerana permohonan mereka yang tidak lengkap. Auntie Anne's dalam jawapan balasnya turut menjelaskan bahawa mereka menggunakan bahan-bahan yang dibeli dari pembekal yang mempunyai sijil halal dari JAKIM. Namun salah satu daripada perkara yang diambil kira oleh pihak Jakim ialah tentang nama makanan yang baik bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna seperti Non Alcoholic Beer dan No pork.
Terbaharu, Pegawai eksekutif Auntie Anne’s Malaysia, Farhatul Kamilah Mohamed Sazali seperti dilaporkan Malay Mail memaklumkan pihak mereka telah menukar nama makanan mereka ‘Pretzel Dog’ kepada 'Pretzel Sausage' seperti yang dikehendaki dalam perakuan sijil halal demi mendapatkan pensijilan Halal.
Pengguna yang masih ragu-ragu dengan status Halal sesuatu premis bolehlah menyemak pengesahan halal melalui portal www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar myJakim.
#Auntie Anne's