News

Awas Perakam Di Dalam Wayang, Menangkap Anda Kini Lebih Mudah!

Azwa Rahman
22/11/2018
04:41 MYT
Tengah syok menonton wayang, potong betul kalau ada orang buat IG Story, Facebook Live, bersembang, bermadu asmara dan bercakap telefon kan? Kini anda bakal bebas daripada orang mentaliti kelas ketiga ini.
Atas usaha murni untuk menbentras masalah penyangak di dalam panggung wayang, Golden Screen Cinemas (GSC) dengan kerjasama Astro Shaw telah melancarkan GSC Helpline untuk anda melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan. Sam, Zizan dan Hasnul ketika sesi pelancaran.
Seiring dengan tayangan rasmi Polis Evo 2 yang sudah bermula hari ini, GSC bersama tiga pelakon utama filem aksi tersebut, Shahiezy Sam, Zizan Razak dan Hasnul Rahmat telah melancarkan GSC Helpline.
Bagaimana cara nak lapor? GSC Helpline merupakan sebuah telefon yang diletakkan di luar setiap pawagam GSC. Jika berlaku sebarang aktiviti yang mencurigakan, anda boleh keluar dan gunakan telefon tersebut untuk membuat laporan. Penyanyi Ara Johari pernah mencetuskan kontroversi IG Story ketika menonton Avengers.
Kakitangan GSC pasti akan datang untuk menyiasat laporan anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melaporkan sebarang masalah teknikal yang berlaku sebelum atau semasa sesi tayangan filem berlangsung. Pesanan dari GSC.
Ingat, orang nak tonton wayang, bukan nak buat onar. Hukuman berat menanti sesiapa yang mencuri, menyebar dan mencetak rompak hasil karya orang lain. Tahniah pada pasukan GSC dan Astro Shaw.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.