Peserta Big Stage, Baby Shima, tiba-tiba rebah sebaik sahaja tamat menyanyikan lagu Ku Tak Akan Bersuara pada siaran langsung konsert minggu kedua Big Stage sebentar tadi.
Bagaimanapun pengacara Sherry Al-Hadad dan Alif Satar bertindak pantas memanggil paramedik untuk mengangkat Baby Shima keluar dari pentas.
Perkembangan terkini, keadaan Baby Shima dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Sebelum itu, menerusi video yang disiarkan Big Stage, Baby Shima mengakui keletihan kerana rutin kerjayanya yang menuntut dia berulang alik dari Malaysia ke Indonesia.