Puluhan juta penduduk di seluruh Amerika Syarikat (AS) sedang berdepan dengan keadaan cuaca sejuk melampau yang dikenali sebagai vorteks kutub atau polar vortex.

Boleh menyebabkan ‘frost bite’ dan meragut nyawa, fenomena ini membawa angin sejuk melampau, menyebabkan suhu boleh menurun sehingga -53 darjah Celsius.

AS dilanda sejuk melampau.

Bagi pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di AS, pengalaman berdepan cuaca dingin melampau membuatkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga.

Bagi Wan Abdul Rahman Wan Azhar, 21, pelajar Ijazah Pengurusan Rantaian Bekalan di Iowa State University, Amerika Syarikat ini berkata suhu mencecah kira-kira - 40 darjah Celsius ketika dia keluar dari rumah sewanya ke perhentian bas untuk ke universiti pada Rabu lepas.

"Saya tak pakai sarung tangan lagi, walaupun ada di dalam poket baju sejuk kerana bergegas takut tertinggal bas. Tidak sampai lima minit, tangan dah rasa macam beku dan sakit", katanya ketika ditemubual Bernama.

Berlapis pakaian perlu dipakai untuk panaskan badan.

Seorang lagi penuntut di universiti itu, Muhamad Imran Maszeri, 21, berkata beliau terpaksa memakai empat lapisan pakaian bagi memanaskan badan untuk keluar ke universiti dan mendapatkan barang keperluan harian.

Katanya lagi, “apabila tidur terpaksa pakai beg tidur dengan gebar untuk tutup satu badan, alat pemanas pula dinaikkan hingga 30 darjah Celsius daripada 20 darjah Celsius kebiasaannya."

Boleh membawa maut.

Sementara itu, Atasé Pendidikan Education Malaysia Chicago, Siti Maisarah Roslan, 36, yang menetap di North Chicago sejak tiga tahun lepas berkata "bagi yang bekerja, kami bekerja dari rumah atas dasar keselamatan."

Tambahnya lagi, walaupun vorteks polar yang menyebabkan suhu -56 darjah Celsius di Chicago pada Rabu telah berlalu, pihak berkuasa Amerika Syarikat memberikan amaran berhubung perubahan suhu melampau yang bakal berlaku.

Nak tahu macam mana agaknya sejuk melampau vorteks kutub ni?

Tayar pun beku. Wow! Kesian pintu tu. Dia tahan sejuk ke tak pakai baju tu? 10 minit dah beku, kau rasa? Boleh stay kat rumah ke jot?

Dilaporkan sekurang-kurangnya 12 maut di beberapa negeri di Amerika Syarikat termasuk di Chicago, Michigan, Iowa, Indiana dan Illinois.

Dapat bayangkan macam mana sejuknya keadaan di sana sekarang? Semoga semua warnagenara Malaysia yang berada di sana dan juga sesiapa sahaja yang berdepan dengan keadaan ini berhati-hati dan jaga kesihatan.