Kelahiran bayi istimewa berwajah dua menggemparkan penduduk Batam, Indonesia baru-baru ini. Gilang Andika, dilahirkan secara caesarean di Hospital Camatha Sahidya Muka Kuning pada 7 Mei lalu.

Menurut ibu bapanya, pasangan Mustafa (32) dan Erlinasari (30), anaknya memiliki dua wajah, dua otak dan berkongsi satu tengkorak serta satu badan. Biarpun dilahirkan tidak sempurna, Mustafa dan isterinya tetap menganggap Gilang sebagai pasangan kembar.

Mustafa mengakui kecewa dengan pasukan doktor yang menyambut kelahiran bayinya kerana merahsiakan keadaan fizikal sebenar Gilang.

“Mereka merahsiakan perkara ini selama seminggu daripada pengetahuan isteri saya. Apa pun, selepas mengetahui perkara sebenar, kami tetap reda dan menyayangi Gilang sama seperti anak-anak kami yang lain,” ujarnya.

Bayi istimewa ini masih memerlukan pemantauan rapi kerana terdapat cecair pada bahagian belakang kepalanya.

Mustafa turut berharap, pemerintah daerah dan pihak berwajib dapat menyegerakan pembedahan mengeluarkan cecair berkenaan agar ia tidak mengancam nyawa anak ketiganya itu.

Sumber: Astro Awani