News
Beg Tangan ini Dinobatkan Sebagai Beg Termahal di Dunia Selepas Terjual dengan Harga RM1.2 Juta!
Beg tangan seringkali dilihat sebagai sebuah aksesori pelengkap bagi wanita. Ada yang menjadikan beg tangan sebagai sebuah hobi dengan mengumpulnya dan ada yang menjana pendapatan melaluinya seperti suri rumah ini. Jika anda salah seorang peminat beg tangan, sudah tentunya anda akan mengenali beberapa jenama mewah seperti Louis Vuitton, Gucci, Prada, Chanel, dan Hermès. Jadi, berapa banyakkah yang sanggup anda bayar demi memiliki beg tangan yang diimpikan?
Seorang pembida sanggup membayar HK$2.32 juta (RM1,245,802.26) demi memiliki sebuah beg tangan eksklusif rekaan Hermès melalui sebuah lelongan oleh syarikat lelongan Christie’s di Hong Kong baru-baru ini. Jumlah yang dibida ini secara tidak langsung memecahkan rekod bidaan beg Hermès tertinggi yang ada sebelum ini iaitu USD $222,000 (RM 921,377.70).
Image: Reuters
Jadi, apa yang menarik sangat tentang beg ini sehinggakan ada yang sanggup membayarnya pada harga yang ‘gila’? Beg Himalayan Niloticus Crocodile Diamond Birkin ini dikatakan antara beg yang paling ‘rare’ dan menjadi dambaan pengumpul dan peminat beg Hermès. Ianya diperbuat daripada kulit buaya albino dan bertatahkan berlian asli. Kancing dan mangga yang menjadi signature trademark beg Birkin ini pula diperbuat daripada 18 karat emas putih. Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup membelanjakan sehingga jutaan ringgit demi memiliki beg mewah ini.Hebat betul semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pengumpul-pengumpul beg ini. Tetapi, untuk menceburi hobi mewah ini, poket pun kenalah ‘bersemangat’ jugak kan? Jadi, agak-agaknya beg apakah yang bakal memecahkan rekod ini pada masa yang akan datang? Kita tunggu dan lihat!
Must-Watch Video