HIBURAN
Buah Pinggang Bengkak, Mia Sara Ditahan di Hospital
Pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha ditahan di hospital kerana mengalami bengkak buah pinggang akibat jangkitan kuman pada air kencing.
Menurut bapa Mia, Muhammad Ridhuan, Mia mula dirujuk kepada doktor selepas mengadu sakit ketika mahu membuang air kecil.
“Bila 24 jam tak kencing menyebabkan buah pinggangnya membengkak. Jadi terus Mia dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
“Setakat ini Mia sudah tiga hari di hospital. Rawatan yang diberikan ketika ini, drip air dan antibiotik. Alhamdulilah dah boleh buang air kecil namun masih sakit.
“Syukur keadaanya beransur pulih. Terima kasih kepada doktor, jururawat, dan semua yang datang melawat dan peminat yang mendoakan,” kata Ridhuan.
Pada masa ini, Mia tidak melibatkan diri dengan sebarang aktiviti seni dan menumpukan perhatian untuk beberapa projek media sosial dan menghadiri acara hiburan.
Sumber: Sinar Harian / Astro Awani
Foto: Instagram Mia