Skip to main content

Business News

Blackberry Tamatkan Rekaan Produk Sendiri

blackberry.jpg
Telefon pintar jenama Blackberry yang pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan pengguna di seluruh dunia sedekad lalu kini mengumumkan akan menghentikan rekaan model mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, John Chen berkata, Blackberry merancang menghentikan semua pembangunan 'hardware' dalaman mereka dan menggunakan sumber luar untuk menjalinkan kerjasama.

Tambahnya, tindakan itu dapat menyelamatkan syarikat itu dari asepk modal dan membangunkan rekaan model syarikat lain dalam mengatasi pelaburan yang diperlukan.

Bagaimanapaun, Chen dalam satu kenyataan seperti dilaporkan The Independent menyatakan Blackberry masih mempunyai matlamat mahu memberi fokus pada aspek perisian. 

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video