NEWS
Blog dan Portal Berita Akan Didaftarkan?
Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menghantar proposal kepada Majlis Peguam Negara untuk menguatkuasakan undang-undang bagi membolehkan portal berita dan blog Malaysia didaftarkan.

Gambar: www.freemalaysiatoday.com
Namun menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak, kerajaan akan menggariskan beberapa kriteria utama dalam menghasilkan garis panduan ini terutama untuk portal dan blog berunsur politik. Tindakan ini juga pastinya tidak akan membebankan rakyat sebaliknya untuk mendidik masyarakat menjadi pengguna bijak yang menggunakan internet untuk membangunkan ekonomi melalui rangkaian sosial bukannya merosakkan negara atas dasar kebebasan bersuara.
Tindakan ini dilakukan bagi membolehkan pihak kementerian mengenal pasti dan menapis berita-berita yang disampaikan kepada masyarakat. Menurut laporan Malay Mail bertarikh 16 Mac, wartawan yang bekerja dalam portal berita online perlu mendaftarkan diri untuk mendapatkan kebenaran menghadiri majlis rasmi seperti yang dilakukan kepada media cetak. Tindakan ini secara tidak langsung melahirkan penulis bertanggungjawab dan beretika.
Apa Kata Netizen?
That's right. The definition of "political blog" is at best, vague. #BiarlahBlog https://t.co/yMrFdfuXmb— CIJ Malaysia (@CIJ_Malaysia) April 22, 2016
Kalau kerajaan betul2 percaya kpd demokrasi berparlimen & tnggjwb kpd rakyat yg mengkritiknya, tak payah daftar blog #BiarlahBlog— Yin Shao Loong (@yinshaoloong) April 22, 2016
And yet another freedom is taken away from us. It is disconcerting what this country is turning into.Stop taking our rights!#BiarlahBlog— MIRA (@amiraaisya) April 21, 2016
Apa alternatif kepada apa yg sedang berlaku sekarang iaitu pengawalan hebat ke atas portal berita? Apa yg kita mahu? #NewsNotPorn— Juana Jaafar (@juanajaafar) March 24, 2016
To know Malaysia, is to love Malaysia. But to block Malaysia, is not the way ah. #NewsNotPorn— emosaurus Lan (@Baronhawk) March 24, 2016
Must-Watch Video