News

Budak Lima Tahun Cabut Gigi Cara Ekstrem!

Ain Mahthir
13/09/2016
09:04 MYT
Addison Gibbs yang baru berusia lima tahun cukup berani mencabut gigi dengan menggunakan panah. Cukup ekstrem! Menurut laporan Portal Mirror, video kanak-kanak perempuan ini dirakamkan sendiri oleh ayah dan ibunya, Alex dan Kristen. Aksi yang memaparkan Addison mengikat tali pada gigi yang hendak dicabut dan bersambung pada anak panah cukup mengagumkan.
Menurut Alex, anaknya sendiri yang mengambil keputusan untuk mencabut gigi dengan cara sedemikian. "Gigi Addison sudah longgar dan saya masih memikirkan cara yang cepat dan kurang menyakitkan untuk mencabutnya. Saya berasa bangga dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Addison," kata Alex yang tinggal di Missouri, Amerika Syarikat.
Dalam video tersebut, Addison berkata dia akan melepaskan anak panah dan mencabut giginya itu. Turut kedengaran suara ayahnya mengarahkan dia mengacukan anak panah tersebut dan melepaskannya pada pokok. Walaupun agak sukar menggunakan panah tersebut, namun Addison berjaya menarik anak panah dan melepaskannya yang menyebabkan gigi yang longgar tertanggal serta-merta. Malah Addison berkata dia tidak mengalami rasa sakit selepas melakukannya.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Dikritik Gara-Gara Bergambar Dengan Kereta Tank Israel, Bright Vachirawit Mohon Maaf

gempak
26/07/2024
23:55 MYT
Pelakon Thailand, Bright Vachirawit menerima kecaman yang hebat gara-gara bergambar di hadapan sebuah kereta tank didakwa milik Israel ketika berada di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.