Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
NEWS

Bukan Hanya Guna Pengimbas Cap Jari, Kehadiran Murid Pun Dipantau Menerusi Aplikasi

Hanafis Haris 09/01/2019 | 04:38 MYT
Jika pejabat anda masih menggunakan kaedah punch card atau pengimbas kad, anda patut rasa rendah diri kerana Sekolah Menengah Bandar Tenggara telah pun menggunakan keadah pengimbas biometrik cap jari.
Keadah ini bukan hanya mengimbas jari murid-murid, malah ia turut disambungkan dengan aplikasi telefon pintar iaitu MySekolah. Kaedah ini sekali gus mengurangkan masalah kehadiran murid ke sekolah.
Canggih bukan?
Setiap hari, murid dikehendaki mengimbas jari mereka di terminal khas sistem biometrik tersebut.
Sistem canggih kemudian akan dikemaskini secara langsung menerusi aplikasi bagi membolehkan ibu bapa untuk menerima status kehadiran anak – anak mereka. Canggih bukan?
Difahamkan, bagi menampung kos sistem tersebut pula, ibu bapa dikehendaki membayar RM15 setahun untuk satu keluarga.
#Pendidikan #Pendidikan