Cabar Tahap Gayat di Sky Box Menara KL
Cabar ledakan adrenalin anda dengan tarikan terbaharu di Menara Kuala Lumpur iaitu Sky Box at Sky Deck. Ini adalah satu lagi usaha berterusan bagi Menara Kuala Lumpur dalam menarik tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Sky Box terletak di Sky Deck iaitu di pelantar terbuka Menara KL. Anda berpeluang berdiri di dalam kotak kaca pada aras ketinggian 300 meter dari aras tanah, sekaligus melihat pemandangan Kuala Lumpur dan Lembah Klang pada skala 360 darjah. Anda juga boleh bergambar dalam kotak kaca ini yang mana ia mampu menampung enam orang dalam satu-satu masa.
Anda boleh mencuba Sky Box ini kerana ia telah dibuka bermula 20 Mei bersempena ulang tahun ke-20 Menara Kuala Lumpur pada tahun ini.
Untuk ke Sky Deck, tiket masuk adalah RM75 bagi pemegang MyKad dan RM105 bagi bukan warganegara Malaysia. Jadi bagi anda yang dah lama tak berkunjung ke Menara KL, apa kata ambil peluang ini dan rasai sendiri pengalaman berada di tempat tinggi dengan hanya beralaskan kaca.
Jangan risau tentang aspek keselamatan kerana ia sentiasa menjadi keutamaan dan amat dititikberatkan oleh pihak Menara Kuala Lumpur.