News

Caj Wad Dan Rawatan Hospital Kerajaan Naik 50%

Azwa Rahman
15/11/2016
03:00 MYT
Sponsor Banner
Caj Wad Dan Rawatan Hospital Kerajaan Naik 50%
Kementerian Kesihatan dijangka menaikkan caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan di negara ini sehingga 50% mulai Disember ini.
Namun, ia tidak melibatkan pesakit warganegara Malaysia yang memilih untuk dirawat di kelas 3 kerana caj bagi wad kelas 3 dan rawatan kekal pada kadar lama.
Memetik laporan Kosmo, caj ini hanya melibatkan pesakit warganegara Malaysia yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2 sahaja. Kenaikan ini juga merangkumi semua jenis rawatan melibatkan warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri.
Selain itu, bermula 1 Disember ini atau selewatnya awal Januari 2017, semua caj rawatan di hospital kerajaan juga dinaikkan 50%.
Setakat ini, Malaysia mempunyai 143 buah hospital kerajaan dengan 41,389 buah katil manakala 183 buah hospital swasta dengan 12,000 katil. Anggaran 75% daripada 31 juta penduduk Malaysia lebih memilih hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan berbanding hanya 25% yang pergi ke hospital swasta.
Kenaikan ini disebabkan caj rawatan di hospital kerajaan didakwa tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1982 dan masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN lain.
Berikut merupakan caj wad dan rawatan semasa di hospital kerajaan:
source: imgur.com source: imgur.com source: imgur.com source: imgur.com source: imgur.com source: imgur.com
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024