,
News

'Charting the Economy' Sebuah Karya DiRaja

Nurul Izza
17/01/2017
05:27 MYT
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini melancarkan buku tulisan baginda berjudul Charting The Economy. Majlis perasmian tersebut diadakan di St Regis Kuala Lumpur. Buku setebal 234 halaman terbitan Oxford University Press menceritakan perjalanan ekonomi negara bersandarkan komoditi dalam tempoh 40 tahun pertama abad ke-20 ketika Malaysia berada di bawah pemerintaan British sehinggalah selepas kemerdekaan. Buku ini merupakan sambungan kepada tesis PhD baginda ini turut menyentuh anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaya dan komponennya dalam tempoh masa 1900 hingga 1939 dan menganalisis pola selain menambahkan kefahaman tentang prestasi ekonomi sepanjang empat dekad pertama itu.
(Kredit Gambar: Twitter)
Sultan Perak yang dilahirkan pada 27 November 1956 ditabalkan sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia pada 14 Oktober 2016. Sultan Nazrin terkenal sebagai seorang sultan bijaksana dan lantang memberi kritikan membina kepada agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun. Baginda mempunyai latar belakang pendidikan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar, ijazah dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Worcester College, Oxford dan memegang sarjana Pengurusan Awam dari John F. Kennedy School of Government di Harvard University, serta PhD dalam bidang Political Economy and Government juga dari Harvard University.
(Kredit Gambar: Instagram @kesultananperak)
Kredibiliti baginda dalam bidang ekonomi tidak boleh dipertikai. Baginda memegang peranan sebagai Duta Kewangan MIFC dan mengetuai panel tertinggi Dana Kemanusiaan di United Nations. Baginda turut mengkaji perkembangan ekonomi dan politik di negara Timur Tengah dan Tenggara Asia, malah turut menulis serta bertitah tentang pelbagai isu sejagat termasuk peranan sistem perlembagaan monarki di Malaysia.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia Setinggi 10 Meter Hujani Kenderaan

gempak
27/09/2024
04:25 MYT
Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter.
Berita

Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

gempak
26/09/2024
05:22 MYT
Tindakan seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun.
Berita

Lebih Tua Daripada Bapa Mentua, Lelaki Kahwini Wanita Beza Umur 30 Tahun Tarik Perhatian Netizen

gempak
26/09/2024
02:25 MYT
Seorang lelaki berusia 59 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 26 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Tribunnews.
Berita

Gara-Gara Kencing Dalam Plastik, Peniaga Buah Ditahan Polis

gempak
26/09/2024
01:25 MYT
Seorang penjual buah di Dombivli, Maharashtra ditahan selepas membuang air kecil di dalam plastik dan berniaga tanpa menghiraukan kebersihan yang sewajarnya, lapor stesen penyiaran NDTV.
Berita

Lubang Sedalam Satu Meter Dikesan Di Kompleks Bunga Raya KLIA

gempak
25/09/2024
07:24 MYT
Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pagi Rabu.
BorakSeeni