NEWS
Danny X-Factor Tidak Kisah Jadi Pemandu Uber Asalkan Rezeki Halal
Tidak kisah apa juga pekerjaan yang kita lakukan, asalkan ia dari sumber yang halal dan diberkati, itu sudah memadai. Terkini, seorang penyanyi bertukar menjadi pelakon dan kini dia menjalani pekerjaan baru, Danny X-Factor, 37, bergelar seorang pemandu Uber. Sudah hampir sebulan membawa Uber, pekerjaan yang dilakukan secara sambilan ini adalah untuk menambah pendapatan.
Menurut Danny menerusi Mstar, idea menjadi pemandu Uber muncul selepas melihat rakan-rakan mula melakukannya secara sambilan atau sepenuh masa dan pulangan yang mereka dapat agak lumayan.
Danny berkata asalkan dia melakukan pekerjaan yang halal tanpa menggangu hak orang lain dan pada masa yang sama menambah duit poket, dia tidak peduli dengan kecaman dan kutukan netizen yang mengatakan dia kini sudah tidak laku.
Memetik kenyataannya di dalam Mstar, "Saya berbangga apabila dapat memberi perkhidmatan kepada peminat yang selama ini sering menyokong kerjaya seni saya. Sebab itu saya tak pernah rasa malu untuk lakukan kerja ini. Malah mereka kagum dengan kesungguhan saya... mereka sokong apa yang saya lakukan," katanya.
Dengan pendapatan yang boleh mencecah RM200 sehari dengan hanya tiga ke empat jam memandu, Danny terus berusaha tanpa Lelah untuk menambah pendapatannya.
Menjalankan perkhidmatannya di sekitar Bukit Jalil, Puchong, Cyberjaya dan Sri Petaling, dia ternyata menyukai pekerjaan sambilannya kini.