,
News

Datuk Amar Abang Johari Abang Openg Ketua Menteri Sarawak Ke-6

Nurul Izza
13/01/2017
08:23 MYT
Abang Johari Abang Openg, Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dipilih sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu. Menurut Berita Harian, istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri ke-6 Sarawak dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di Astana Negeri.
(Kredit Gambar: Twitter)
Menurut Awani, pemilihan Abang Johari, 66 tahun dilakukan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama Yang Dipertua Negeri Sarawak dan sebulat suara memilih Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu. Yang Berhormat Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg atau lebih mesra dengan panggilan Abang Jo mempunyai 10 orang adik beradik
(Kredit Gambar: Twitter)
Bapanya, Tun Abang Haji Openg merupakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Pertama, memegang tampuk pemerintahan selepas Great Britain mengembalikan Sarawak dan selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Beliau kini memegang dua portfolio menteri penuh di bawah Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar serta Kementeriandan Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan yang telah mewakili Satok selama 9 penggal. Tahniah!
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia Setinggi 10 Meter Hujani Kenderaan

gempak
27/09/2024
04:25 MYT
Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter.
Berita

Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

gempak
26/09/2024
05:22 MYT
Tindakan seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun.
Berita

Lebih Tua Daripada Bapa Mentua, Lelaki Kahwini Wanita Beza Umur 30 Tahun Tarik Perhatian Netizen

gempak
26/09/2024
02:25 MYT
Seorang lelaki berusia 59 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 26 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Tribunnews.
Berita

Gara-Gara Kencing Dalam Plastik, Peniaga Buah Ditahan Polis

gempak
26/09/2024
01:25 MYT
Seorang penjual buah di Dombivli, Maharashtra ditahan selepas membuang air kecil di dalam plastik dan berniaga tanpa menghiraukan kebersihan yang sewajarnya, lapor stesen penyiaran NDTV.
Berita

Lubang Sedalam Satu Meter Dikesan Di Kompleks Bunga Raya KLIA

gempak
25/09/2024
07:24 MYT
Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pagi Rabu.
BorakSeeni