Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
NEWS

Datuk Seri Vida Jelaskan GST RM4.2 Juta!

article-author-avatar
Elrafaei Sapi 09/03/2017 | 06:34 MYT
Datuk Seri Vida Jelaskan GST RM4.2 Juta!
Kes gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membabitkan ahli perniagaan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih popular dikenali Datuk Seri Vida selesai selepas beliau membayar kesemua cukai tersebut yang bernilai RM4.2 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Murtazadi Amran membenarkan permohonan pihak Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran menarik balik semua 16 pertuduhan terhadap jutawan kosmetik itu merujuk pada tuntutan cukai GST dari 1 April 2015 sehingga 31 Julai 2016.

Personaliti televisyen popular berusia 45 tahun itu sebelum ini didakwa 32 pertuduhan kerana gagal mengemukakan penyata dan membayar GST untuk tempoh tersebut. Beliau kemudian mengaku bersalah dan dikenakan denda RM80,000 untuk 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata manakala meminta dibicarakan terhadap 16 pertuduhan gagal membayar GST, seperti dilaporkan Harian Metro.

#GST #GST