Dunia semakin hari semakin kejam! Itu saja yang boleh saya katakan.

Tidak cukup hari ini kita digemparkan dengan kejadian bayi lelaki dijumpai mati disorok di dalam peti ais rumah, rupanya ada lagi perkara yang bakal membangkitkan kemarahan ramai pihak.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, punca kematian Adam Rayqal Mohd Sufi, lima bulan, disebabkan kecederaan di bahagian kepala.

Menurut beliau, hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.

"Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa," katanya menerusi Berita Harian.

Perkara ini sekali gus menolak dakwaan orang ramai mengatakan bayi terbabit mati akibat tersedak susu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.