Skip to main content

Business News

Facebook 'Live' Bahaya Jika Di Salah Guna

tuneinradio.jpg
Penangan media sosial bersifat pantas dan terkini menjadi pilihan utama ramai pengguna di seluruh dunia untuk mendapatkan apa saja maklumat. Jika sebelum ini, berita di akhbar dan televisyen menjadi medium utama saluran maklumat sebaliknya, media sosial lebih diutamakan.

Tiga aplikasi paling popular iaitu Facebook, Twitter dan Instagram menyediakan platform sama ada berita menerusi teks dan imej termasuk video secara langsung yang boleh ditonton sesiapa saja di mana-mana.

Pengerusi Media, Biro Komunikasi, Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, penggunaan media sosial ketika ini sangat mempengaruhi masyarakat yang mahukan sesuatu maklumat itu disampaikan dengan pantas.

"Seperti mana Facebook dan Instagram yang kini menyediakan ruang pada pengguna membuat video secara langsung, ia sebenarnya menimbulkan bahaya kerana mendorong pengguna membuat video yang dibimbangi menyalah guna kandungan yang disampaikan," katanya dalam temubual bersama Rojak Daily Kaw di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambahnya, sesiapa saja pengguna media sosial boleh bertindak sebagai produser kandungan menerusi maklumat dan video yang dimuat naik. Perkembangan pantas media sosial ini juga sebaliknya nyata memberi kesan secara tidak langsung pada radio dan televisyen Internet yang belum popular dalam kalangan pengguna di negara ini.

"Belum ada lagi radio Internet yang popular pada masa kini. Namun, aplikasi Tune In boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai stesen radio terbaik dari seluruh dunia.

"Bagaimanapun, teknologi Netflix dan Iflix turut memberi kesan pada pengguna yang lebih gemar menonton program kesukaan mereka secara 'on demand' dan ini juga memberi kesan pada jumlah penonton terhadap stesen televisyen akan berkurangan," katanya.  

Advertisement

Must-Watch Video