NEWS
Faiz Subri Menang Puskas, Lakar Sejarah Pertama Asia
Faiz Subri merupakan anak Malaysia pertama tercalon dalam FIFA Puskas Award selepas tendangan percuma yang dilakukan ketika perlawanan Liga Super Malaysia antara Pulau Pinang menentang Pahang tercalon untuk Anugerah Puskas.


(Kredit Gambar: FIFA.com)
Tendangan yang disifatkan melawan konsep fizik membawa tuah kepada pemain Pulau Pinang ini sehingga berjaya membawa pulang gelaran juara FIFA Puskas Award pertama Asia. Nama Faiz Subri kini berada sebaris dengan Cristiano Ronaldo, Neymar dan Zlatan yang juga pernah menerima anugerah ini yang disampaikan oleh legenda Brazil, Ronaldo.
(Kredit Gambar: FIFA.com)
Acara ini turut menobatkan Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik lelaki dan Carli Llyod pemain terbaik wanita. Anugerah disampaikan Tahniah Faiz kerana mengharumkan nama Malaysia daripada kami di Rojak Daily!Inilah sepakan luar biasa daripada pemain berusia 29 tahun ini. Satu sepakan yang mengharumkan nama pasukan bola sepak Pulau Pinang, Malaysia dan pencetus kepada nama Faiz Subri dikenali dunia.
Must-Watch Video