News
Fenomena Awan Berbentuk Topi Di Gunung Kinabalu, Apakah Petandanya?
Pagi semalam media sosial digemparkan apabila penularan gambar Gunung Kinabalu dilitupi awan seakan-akan berbentuk topi.
Pemandangan Gunung Kinabalu perkongsian dari follower Instagram @KKCity pic.twitter.com/msJDlYKSoN
— BKI (@KKCity) July 23, 2018
Pembentukan awan yang unik di atas Gunung Kinabalu petang tadi! ☁️ ⛰
Sumber gambar daripada Hiking Trekking & Camping Sabah pic.twitter.com/78Ul3JoIj2— Habibah Era (@EraHabibah) July 23, 2018
Bagi mereka yang berfikiran bukan-bukan tentang kejadian ini, fenomena ini rupanya kejadian biasa yang berlaku terutamanya melibatkan kawasan gunung dan bukit.
Menurut Jabaran Metereologi Sabah, awan berbentuk topi ataupun lentikular terbentuk akibat aliran udara lembap yang melalui penghalang seperti pergunungan hingga menyebabkan terjadinya pusaran yang membentuk awan berkenaan.
Memetik laporan NSTP, di sekitar kawasan pembentukan awan ini anginnya agak kuat dan kencang dan keadaan ini berbahaya kepada pesawat yang melalui kawasan berkenaan.
Fenomena awan bertopi ini boleh jelas kelihatan bagi mereka yang berada di sekitar Kota Belud, Kundasang dan Pekan Nabalu.
Bagi orang tempatan Sabah, awan itu sebagai sirung nabalu atau sigar nabalu (topi tradisional) berdasarkan bentuknya menyerupai penutup kepala (topi) tradisional masyarakat Kadazandusun. Ia juga penanda bahawa akan berlakunya kemarau.
Sumber: NSTP
Must-Watch Video