News

[FOTO] Jom Intai Kemudahan Kanak-Kanak Autisme Yang Serba 'Awesome' Di Sunway Putra Mall!

Hanafis Haris
10/01/2019
10:17 MYT
Sponsor Banner
[FOTO] Jom Intai Kemudahan Kanak-Kanak Autisme Yang Serba 'Awesome' Di Sunway Putra Mall!
Adakah rakyat Malaysia cukup memahami maksud sebenar Austisme? Adakah golongan ini benar-benar diberi perhatian khususnya jika berada di luar rumah?
Pada yang tidak tahu Austisme adalah kecacatan perkembangan tegal atau pervasive developmental disorder yang membabitkan fungsi otak.
Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi seperti masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti serta perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria dan biasanya gejala autisme berlaku pada usia awal tiga tahun.
Pastinya ia antara cabaran buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak autistik bukan? Tahniah Sunway Putra!
Berita baik buat semua, Sunway Putra Mall telah pun secara rasmi dinobatkan sebagai pusat membeli belah pertama Malaysia yang mesra komuniti Autisme.
Untuk makluman anda, Sunway Putra Mall kini mempunyai beberapa kelengkapan dan kemudahan khusus untuk anak-anak istimewa ini. Tujuan utamanya pastilah untuk menghargai komuniti autisme serta keluarga yang mempunyai anak-anak autistik.
Berikut adalah beberapa gambar Bilik Tenang dan Tembok Sensor yang telah dihasilkan oleh mall untuk komuniti autisme.
Bilik ini digelar sebagai Calm Room. Terdapat juga bantal dan bean bag yang selesa. Terdapat juga permainan untuk kanak-kanak! Lagi mainan guys! Setiap hari Selasa ya! AUTSOME Dengan menyediakan tempat selesa golongan ini boleh bergerak bebas dan bersantai di pusat membeli belah.
Selain itu Sunway Putra Mall turut mendedikasikan setiap hari Selasa sebagai AUTSOME. Antara keistimewaan yang disediakan setiap hari Selasa adalah:
  • Autosome Kit - Kit untuk pelekat kereta serta band pergelangan tangan. Ibu bapa boleh mendaftar secara dalam talian dan kemudian mengambilnya di Concierge, Ground Floor.
  • Dimmer Lights & Low Music - Lampu dan muzik di kawasan umum dan gerai-gerai akan dimalapkan / diturunkan dan saluran akan mempunyai 'Priority Lane'.
  • Tempat Letak Kereta - Tempat letak kereta di Basement 1 dikhaskan setiap hari Selasa untuk keselesaan keluarga dengan individu autistik.
  • Bantuan Membeli-belah - Bantuan untuk membawa beg membeli-belah dan bantuan lain apabila diperlukan
Jika bukan hari Selasa, terdapat juga kemudahan mesra Autis yang disediakan setiap hari untuk menampung keperluan kanak-kanak autisme
  • Bilik Tenang di Lower Ground - Bilik yang menyediakan persekitaran yang menenangkan seperti mainan sensor,weighted blankets, minyak pati, bean bags dan banyak lagi. Bilik ini disediakan untuk individu sekiranya terdapat masalah berlaku.
  • Sensory Wall- Tekstur dan aktiviti sensor untuk kanak-kanak boleh didapati di Aras 3 dan Aras 2
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024