Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
News

[FOTO] Jom Intai Kemudahan Kanak-Kanak Autisme Yang Serba 'Awesome' Di Sunway Putra Mall!

Hanafis Haris 10/01/2019 | 10:17 MYT
Adakah rakyat Malaysia cukup memahami maksud sebenar Austisme? Adakah golongan ini benar-benar diberi perhatian khususnya jika berada di luar rumah?
Pada yang tidak tahu Austisme adalah kecacatan perkembangan tegal atau pervasive developmental disorder yang membabitkan fungsi otak.
Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi seperti masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti serta perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria dan biasanya gejala autisme berlaku pada usia awal tiga tahun.
Pastinya ia antara cabaran buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak autistik bukan?
Berita baik buat semua, Sunway Putra Mall telah pun secara rasmi dinobatkan sebagai pusat membeli belah pertama Malaysia yang mesra komuniti Autisme.
Untuk makluman anda, Sunway Putra Mall kini mempunyai beberapa kelengkapan dan kemudahan khusus untuk anak-anak istimewa ini. Tujuan utamanya pastilah untuk menghargai komuniti autisme serta keluarga yang mempunyai anak-anak autistik.
Berikut adalah beberapa gambar Bilik Tenang dan Tembok Sensor yang telah dihasilkan oleh mall untuk komuniti autisme.
Dengan menyediakan tempat selesa golongan ini boleh bergerak bebas dan bersantai di pusat membeli belah.
Selain itu Sunway Putra Mall turut mendedikasikan setiap hari Selasa sebagai AUTSOME. Antara keistimewaan yang disediakan setiap hari Selasa adalah:
Jika bukan hari Selasa, terdapat juga kemudahan mesra Autis yang disediakan setiap hari untuk menampung keperluan kanak-kanak autisme
#Malaysia #Malaysia
;