,
News

Gesa Uber, GrabCar Diharamkan

Elrafaei Sapi
27/09/2016
08:01 MYT
Pengangkutan awam alternatif yang menggunakan applikasi di telefon bimbit, Uber dan GrabCar terus dikecam pemandu teksi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas sejak kedua perkhidmatan baru itu beroperasi.
Meskipun ramai pengguna menyatakan komen selesa menggunakan perkhidmatan Uber mahupun GrabCar kerana lebih mudah diperolehi, selesa dan percaya pada caj yang dikenakan tidak menipu pengguna, pemandu teksi masih mendesak pihak kerajaan untuk campur tangan.
Apa yang menarik perhatian pengguna, pemandu Uber mahupun GrabCar terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional yang bekerja secara sambilan untuk menambah pendapatan dengan menggunakan kenderaan sendiri.
Perkembangan terbaru, sebanyak 300 persatuan teksi dari seluruh negara menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar kedua perkhidmatan ini diharamkan.
Apa yang disuarakan mereka adalah kerajaan perlu bertindak tegas terhadap kedua perkhidmatan yang didakwa melanggar undang-undang di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Persatuan teksi ini juga mendakwa pemilik aplikasi Uber dan GrabCar menyediakan kemudahan tersebut pada kenderaan persendirian dan pemandu tidak sah. Malah, pemandu teksi ini mengakui mereka berdepan masalah pendapatan sehingga 65%, seperti dilaporkan Utusan Online.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia Setinggi 10 Meter Hujani Kenderaan

gempak
27/09/2024
04:25 MYT
Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter.
Berita

Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

gempak
26/09/2024
05:22 MYT
Tindakan seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun.
Berita

Lebih Tua Daripada Bapa Mentua, Lelaki Kahwini Wanita Beza Umur 30 Tahun Tarik Perhatian Netizen

gempak
26/09/2024
02:25 MYT
Seorang lelaki berusia 59 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 26 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Tribunnews.
Berita

Gara-Gara Kencing Dalam Plastik, Peniaga Buah Ditahan Polis

gempak
26/09/2024
01:25 MYT
Seorang penjual buah di Dombivli, Maharashtra ditahan selepas membuang air kecil di dalam plastik dan berniaga tanpa menghiraukan kebersihan yang sewajarnya, lapor stesen penyiaran NDTV.
Berita

Lubang Sedalam Satu Meter Dikesan Di Kompleks Bunga Raya KLIA

gempak
25/09/2024
07:24 MYT
Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pagi Rabu.
BorakSeeni