Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
News

Gunung Kinabalu, Sabah Bakal Diselaputi Salji Dan Ais?

Azwa Rahman 10/02/2017 | 07:52 MYT
Bila gambar-gambar ini dibelek, teruja kami melihat ais dan tompok-tompok putih salji berada di Gunung Kinabalu, Sabah. Lebih istimewa, negeri Dibawah Bayu, Sabah dikatakan sedang mengalami fenomena musim sejuk dan kawasan Gunung Kinabalu antara yang dikatakan paling sejuk sehingga salji dan ais beku dilihat menyelaputi puncaknya.

Menerusi Sayang Sabah, kejadian yang pertama kalinya berlaku ini terjadi di Laban Rata di Gunung Kinabalu yang diselaputi frost atau embun beku, menjadikan kawasan sekitarnya seperti bersalji.

Gambar: Sayang Sabah
Seorang malim gunung di Gunung Kinabalu, Nais Momin, 45 memberitahu, suhu di Laban Rata mencecah 0 darjah Celcius pada awal pagi sebelum meningkat kepada 15 dan 16 Celcius menjelang tengah hari. "Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji. Kejadian seperti ini pertama kali dialaminya setelah enam tahun bergelar malim gunung", ujarnya pada Sayang Sabah.

Gambar: Sayang Sabah
Namun bagi Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata keadaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa. Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji.

Gambar: Sayang Sabah
Netizen juga turut memberikan pandangan mereka terhadap fenomena musim sejuk yang melanda negeri itu sekarang.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #Malaysia
;