NEWS
Hael Husaini Dan Sarah Suhairi Dominasi Pencalonan 'Era Digital Music Awards 2018'
Sedar tak sedar, Anugerah digital muzik ERA (#EDMA2018) yang dianjurkan oleh ERA telah pun memasuki tahun ke-3.
EDMA dianjurkan sebagai pengiktirafan kepada artis tempatan yang menyerlah khususnya menerusi platform digital.
Tahun ini menyaksikan artis baru Sarah Suhairi dan penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini mendominasi EDMA 2018.
Sarah berjaya menempatkan diri dengan tiga pencalonan termasuk Muzik Video Paling Lit, Penyanyi Paling Lit di Media Sosial dan Temubual Terbaik Carta Era.
Hael pula berjaya mengekalkan penguasaannya dengan juga tiga pencalonan iaitu Penyanyi Paling Lit Media Sosial serta dua Lagu Paling Viral iaitu Hajat dan Anta Permana.

Untuk makluman, pemenang akan dipilih menerusi undian dua fasa. Fasa pertama telah dijalankan pada 31 Disember hingga 13 Januari 2019.
Fasa kedua pula akan berlangsung bermula hari ini 14 Disember hingga 23 Januari 2019.
Peminat berpeluang untuk mengundi artis kesayangan mereka menerusi 6 kategori ini:

1. Lagu Paling Viral
- Hagiem Rusli -Selamat Tinggal Sayang
- Dato' Sri Siti Nurhaliza - Anta Permana
- Sufian Suhaimi - Dimatamu
- Hael Husaini - Hajat
- Faizal Tahir Ragaman
2. Penyanyi Kolaborasi Terbaik
- Haqiem Rusli dan Aman RA - Jatuh Bangun
- Syamel dan Ernie Zakri - Aku Cinta
- Tajul dan Wany Hasrita - Rindu Dalam Benci
- Ryan Deedat dan Sandra - Salimah
- Floor 88 dan Baby Shima - Roadblock Hatiku
3. Muzik Video Paling Lit
- Andi Bernadee - Satu Peluang
- Zizan Razak- Kau Takkan Tahu
- Floor 88 - Roadblock Hatiku
- Ismail Izzani - Bidadari
- Sarah Suhairi - Nyawa Raga
4. Penyanyi Paling Lit di Media Sosial
- Khai Bahar
- Kucaimars
- As'ad Motawh
- Hael Husaini
- Sarah Suhairi
5. Temubual Terbaik Carta ERA
- Haqiem Rusli
- Wany Hasrita
- Ara Johari
- Sarah Suhairi
- Sufian Suhaimi
- Ariff Bahran
- Ayda Jebat
- Ismail Izzani
- Faizal Tahir
- Syamel

Oleh itu, jangan lupa saksikan anugerah ini pada 25 Januari di Facebook Era.je jam 8.30 malam!
Must-Watch Video