NEWS
Handal! Ingatkan CR7 Rupanya Bro Saddiq!
Sabtu lalu telah berlangsung acara yang cukup meriah apabila buat pertama kalinya orang ramai berpeluang menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq bermain bola sepak.
Namun, apa yang lebih menarik YB Syed Saddiq bersama pasukan pilihannya kali ini menentang pasukan radio Era atau lebih dikenali sebagai Dugung All Star.
Anda boleh lihat senarai pemain yang bersaing Sabtu lalu di bawah.

KRONOLOGI
Pasti ramai menantikan keputusan perlawanan terbabit bukan? Namun sebelum itu apa kata anda lihat ringkasan perlawanan ini dulu.Perlawanan persahabatan ini bermula sekitar 10 pagi dengan menyaksikan pasukan YB Syed Saddiq mendahului di awal permain melalui jaringan pembukaan oleh beliau sendiri. Hebat ya awal-awal sudah gol!

Namun belum sempat pasukan Dugong All Star berpesta kegembiraan, YB Syed Saddiq terus menambah jaringan dengan membolosi pintu gol sekali lagi.

Keputusan akhirnya berpihak kepada pasukan YB Syed Saddiq menerusi sepakan penalti 4-3. Untung warga penduduk muar apabila menyaksikan YB kesayangan mereka beraksi di padang Stadium Muar. Hebat rupanya YB kita!
Sementara itu Pengurus Rangkaian Radion (Jenama Melayu) Nazri Nora berkata pihaknya amat berbesar hati atas sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melaksanakan perlawanan persahabatan sempena menjayakan Program Jelajah Belia “Sayangi Malaysiaku”.
.jpg)

Must-Watch Video