Tidak lengkap rasanya kalau sambut piala dunia tanpa gaya rambut baru! Dalam dunia bola, gaya rambut disifatkan sebagai antara elemen penting bagi seseorang pemain itu.

Ia ibarat identiti bagi menyerlahkan gaya ketika beraksi di padang. Lihatlah Messy, Ronaldo, Neymar, Dale, Beckham, semua gaya rambut mereka menyerlah! Malah menjadikan populariti mereka berada di kemuncak.

Disebabkan ini jugalah pasukan England membawa tukang gunting khas untuk menggayakan pemain mereka. Tiga individu ini telah diterbangkan ke Rusia bagi membuat persediaan rambut pemain sepanjang piala dunia berlangsung.

England menang besar ketika menentang Panama.
Selain itu terdapat satu salon khas dibina di dalam hotel pasukan itu menginap. Salon ini bukan calang-calang, siap ada sofa, sinki dan kemudahan menunggu yang eksklusif.

Antara pendandan rambut yang ada di situ adalah Simon Townley. Menurutnya, lebih 30 pemain telah menggunakan khidmatnya dan gaya paling popular adalah ‘fade’.



Anda juga boleh saksikan video pengalaman pendandan rambut, Justin Carr.