NEWS
Harimau Malaya, Kebanggaan Negara
Sebelum tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura diwakili oleh pasukan bola sepak masing-masing. Pasukan Malaya dan Singapura bertanding dalam Piala Merdeka manakala Sabah (yang dulu dikenali sebagai Borneo Utara) dan Sarawak bertanding dalam Piala Borneo.
Perlawanan pertama yang melibatkan pasukan Malaysia adalah pada 8hb Ogos 1963 yang diwakili oleh Malaya (Semenanjung Malaysia) dan Singapura. Ketika itu Malaysia kalah kepada pasukan Jepun. Pasukan Malaysia terus diwakili oleh Singapura dan Semenanjung Malaysia sehinggalah Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965.
Hanyalah pada tahun 1971, James Wong menjadi pemain pertama daripada Sabah yang menyertai pasukan negara. Jom kita tengok infografik ini bagaimana bermulanya Harimau Malaya mengaum di padang bola di peringkat antarabangsa.
Jangan lupa untuk menyaksikan dokumentari istimewa Harimau Malaya di saluran Astro Arena (801) pada 16hb September 2016, pukul 9:00 malam dan juga di http://www.astro.com.my/negaraku/programhighlights/august
*Sumber Rujukan: Wikipedia