NEWS
Hebatnya Tony Fernandes, Ini Sebab Beliau Dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang baharu bagi menggantikan Datuk Rozabil Abdul Rahman.
Tidak asing dalam bidang sukan, beliau menjadi individu yang memiliki sebahagian daripada kelab yang pernah bermain di Liga Perdana Inggeris iaitu Queens Park Rangers selain pengasas kepada pasukan Formula 1 iaitu Caterham F1 Team. 

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kenyataannya berkata Tan Sri Tony disegani kerana kemampuan dan pencapaiannya. Ini adalah faktor utama mengapa Tan Sri Tony Fernandes merupakan pengganti yang sesuai.
1. Statusnya sebagai ahli korporat terkemuka dapat membantu serta melakukan penambahbaikan struktur dan operasi PSM serta memulihkan keadaan kewangan semasa PSM yang kini mengalami kerugian sebanyak RM11 juta.
2. Pencapaian yang membanggakan dalam pelbagai bidang komersil seperti industri penerbangan (AirAsia), hiburan (Warner Music), perhotelan (Tune Hotels) dan penyiaran (The Apprentice Asia).
3. Bakat keusahawanan, kreativiti dan kepimpinan beliau ternyata cukup terserlah dan jelas dilihat melalui anugerah-anugerah yang telah diraih oleh beliau termasuklah ‘CEO of The Year Award’ dan ‘Entrepreneur of the Year Award'.
4. Mahir tentang selok-belok pembangunan dan promosi sukan bertaraf antarabangsa. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam untuk menaikkan mutu sukan negara.
Must-Watch Video