Pernah bermain Tamagotchi? Masih ingat?

Jika terlupa, Tamagothci adalah alat permainan digital yang membolehkan anda menjaga haiwan perliharaan. Anda perlu menjaganya, memberi makan, minum, mandi, bermain serta memberi ubat ketika sakit.

Sebelum munculnya iPhone!
Berita baik buat mereka yang rindukan permainan ini, Tamagotchi akan membuat kemunculan semula!Namun kemunculan ini bukan biasa-biasa kerana ia akan bergabung francais Pokemon!

Maknanya anda boleh memelihara Pokemon sebagai haiwan perliharaan anda. Bagaimanapun tidak pasti sama ada ia akan dikeluarkan secara meluas, namun ketika ini ia hanya dipasarkan untuk pasaran Jepun.

Karakter pokemon yang terawal!
Difahamkan, hanya tiga jenis Pokemon saja yang hadir pada Tamagotchi ini iaitu Pikachu, Charmander dan Eevee.

Berbanding Tamagotchi sebelum ini, peranti terbaru ini membolehkan Pokemon anda berevolusi dan paling menariknya ia boleh berlawan dengan pemilik Tamagotchi yang lain. Yass! Sama seperti Digimon guys!

Harga Tamagotchi ini dijangka dijual pada harya ¥2,300 iaitu sekitar RM85. Peranti ini akan dipasarkan pada Januari depan dan sama-samalah kita mengharapkan ia akan dipasarkan di Malaysia!